Anda mungkin nak beli rumah tetapi taktahu apa yang perlu kita sediakan sebelum beli rumah? Nak tahu lebih, baca lagi.

Anda mesti bersedia sebelum anda membeli rumah sebagai contoh mempunyai sumber kewangan yang kukuh, pengetahuan tentang kos yang perlu dijelaskan dan membuat semakan status hartanah. Hal hal sebegini anda tidak boleh ambil remeh kerana ia akan memudahkan lagi proses anda untuk membeli rumah.

Semak Kelayakan Kewangan

Semak kelayakan kewangan boleh dilakukan secara persendirian ataupun melalui banker tidak kira daripada bank mana-mana sekalipun. Anda boleh memberi slip gaji 6 bulan, nyatakan komitmen bulanan kepada banker dan tunggu mereka update tentang maximum kelayakan anda.

Setelah itu, tentukan bajet rumah ikut sesuai kelayakan contoh kelayakan maximum hanya rm300K, maksudnya anda kena cari rumah yang harga below rm300K dan tidak boleh melebihi daripada amount tersebut kerana loan hanya boleh dibuat hingga max kelayakan kita, selebihnya anda kena standby cash.

Pastikan juga ada rekod CCRIS/CTOS yang baik iaitu tiada tunggakan pinjaman, kad kredit dan PTPTN

Sediakan Duit Deposit & Kos Lain

Anda kena standby 10% deposit dari harga rumah incase dikenakan cas-cas tertentu

Contoh kos tambahan yang perlu ditanggung oleh anda(pembeli)

  • Kos stamp duty
  • Yuran guaman SPA & Loan Agreement
  • Valuation fees
  • Insurance

Semak Status Hartanah Yang Ingin Dibeli

  • Pastikan rumah ada geran individu/strata
  • Periksa sama ada rumah berstatus freehold atau leasehold (berapa tahun)
  • Rezab Melayu (jika bukan bumiputera tak boleh beli
  • Check dlm geran ada sekatan kepentingan atau tidak
Pilih Jenis Rumah dan Lokasi

Lokasi: dekat dengan tempat kerja, kemudahan kawasan sekeliling seperti sekolah, hospital, kedai, akses highway pon mudah dan dekat.

Pilih jenis rumah yang diidamkan mengikut kesesuaian kelayakan seperti rumah landed(teres,banglo,semi-d) atau high-rise(kondominium, apartment)

Buat semakan pasaran melalui aplikasi online seperti mudah.my, facebook, tiktok dan aplikasi maya yang lain. Selain aplikasi maya, anda juga boleh check manual melalui valuer

Rangka Jangka Masa Panjang

Anda perlu simpan duit kecemasan minimum 3-6 bulan

Fikirkan tujuan anda beli:

-adakah untuk duduk sendiri, fokus lebih kepada keselesaan dan lokasi

-kalau tujuan untuk investment atau pelaburan, fokus lebih kepada kadar rental yield dan pulangan berapa yang dapat sekiranya beli hartanah tersebut

 

About the Author

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>
Sila Klik Untuk Whatsapp